Sweet Owner! ![]() Sincere ! ![]() Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Nur Aida II Big Help : M I O Image Header: Clavies
| 10 Malam Terakhir Ramadhan :')
Friday, August 2, 2013 | 8:23 AM | 0 comments
Assalamualaikum pembaca Blog? HAI :* harap korang sihat walafiat :) hari ini hari terakhir Jumaat dalam bulan ramadhan :/ sedih rasa bulan ramadhan mahu pergi.masa sekarang cepat sangat berlalu :') okay.rajin pulak Eira nak edit.maklum lah ada mood rajin lah nmpak nyaa :3 okay hari ini Eira nak share apa yang ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan. DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: ''Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan,maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.'' Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. WAKTU untuk menanti hari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir adalah malam yang ganjil.kerana Allah memberi semua umat Islam untuk bersungguh-sungguh untuk beribadat sepenuhnya.Malam Lailatul Qadar ialah malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak.Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: ''Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar'' (Surah al-Qadar,ayat 1) Ibn Abbas berkata: ''Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Pada malam ini juga turunnya malaikat.Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.Allah juga menetapkan umur,rezeki dan ajal manusia pada malam itu. Firman Allah bermaksud: ''Pada malam itu(Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. ''(Surah al-Dukhan,ayat 4) Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan :') Eira sengaja post untuk mengingat sahabat handai Eira yang membaca ini :D
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
Assalamualaikum :')
Writer : Athirah 'Izzati Br Asran
|