Shy Girl
~~Music is Here!~~

No, Thank You - Mio Akiyama

Sweet Owner!

 photo staticprofileyahoo_zps43103de2.png

~Navigation~
Entry About Linkies Stuff



BFF !

 photo 389729_472559386113520_1425795998_n_zpsa6cfc224.jpg



Sincere !

 photo smile-123_zpsc0a2ea41.jpg
Template By : Ainna Zieyha
Basecodes By : Liyana Aina
Edit By : AzuNyan
Re-edit By : Nur Aida II
Big Help : M I O
Image Header: Clavies
Menghilangkan Parut Dan Menyerikan Kulit Muka
Thursday, January 27, 2011 | 10:36 PM | 0 comments

Jika anda merasa rendah diri kerana mempunyai parut-parut hitam di muka atau pada badan, jangan risau anda boleh mengatasi masalah ini tanpa mengeluarkan belanja untuk membeli alat-alat kosmetik yang mahal. Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati dan yang paling penting bahan-bahan ini selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti yang terdapat dalam krim-krim kecantikan moden yang ada dalam pasaran sekarang ini. Kimia-kimia berbahaya yang terdapat dalam krim kecantikan moden adalah sngat berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser. Bayangkan, anda membeli krim kecantikan dengan harapan ia dapat memberi anda sutu kepuasan iaitu kulit anda bertambah halus dan wajah semakin berseri, tapi kanser yang anda dapat. Sungguh tidak adil bagi pengguna.
Tidak mengapalah kerana Jagung ingin berkongsi sedikit petua untuk kecantikan iaitu bagaimana untuk menghilangkan parut-parut hitam di wajah anda dan juga pada badan.
Bahagian muka:
Gunakan air perahan kentang atau boleh juga jus lidah buaya (aloevera) yang sekarang ini banyak orang tanam sebagai perhiasan di halaman rumah. Caranya, sapukan pada bahagian muka pada setiap hari. hasilnya bukan sahaja parut akan hilang dan kulit akan menjadi lebih licin, bahkan anda juga dapat berjimat duit, selamat, dan ajah berseri-seri.
Bahagian badan:
Berbeza dengan kulit muka, kulit pada bahagian badan yang lain adalah lebih kasar. Sebab itu bahan rawatan pun berbeza. Anda boleh menggunakan kulit pisang emas untuk di sapukan keatas parut di badan dan amalkan selalu sehingga parut hilang.
Menyerikan kulit muka:
  1. Gunakan jus aloevera sebagai masker. Ia dapat melembutkan kulit, menghindarkan jerawat dan menghilangkan parut (aloevera – keajaiban ciptaan Tuhan).
  2. Makan pucuk pokok lamuni sebagai ulam harian.
  3. Makan pucuk selom sebagai ulam.
  4. Masukkan minyak zaitun ke dalam masakan harian atau minum terus sesudu (minyak zaitun asli yang tidak dicampur kimia lain).
Daripada kita mengambil risiko untuk mendapat kesan-kesan sampingan akibat penggunaan bahan kecantikan moden, lebih baik kita menggunakan cara tradisional Melayu kita yang kaya dengan segala ilmu dan petua. Sihat, selamat dan jimat.